Rabu, 26 September 2012

Kelahiran Produk Bumiputra Jenama First Cup

Air Minuman First Cup  

  • 100 % milik Bumiputra.
  • Perniagaan air minuman ciptaan tempatan yang telah di modenkan mengikut trend semasa dan ikutan masa kini.
  • Mewujudkan alternatif kepada limpahan produk air minuman dari luar negara.
  • Peringkat awalnya produk air minuman 'Home Made' dengan ramuan rahsia ini di jalankan secara kecil-kecilan bermula dengan hanya satu produk iaitu air minuman berkhasiat Air Khatira
  • Bertapak pada awalnya di Bazar Ramadhan Taman Sri Gombak dengan hanya menggunakan satu balang sahaja.  Sambutan yang hangat dan permintaan yang tinggi telah mencetuskan idea yang bernas dari pemiliknya untuk terus melakukan inovasi dan mengorak langkah seterusnya.
  • Penghijrahan dilakukan dari menggunakan balang sebagai medium untuk menjual air minuman ini kepada pembungkusan menggunakan 'Cup' yang lebih menarik, mudah di minum serta menjamin kebersihan. Ini adalah kerana proses pembuatan dan pembungkusan terus di dalam permis/kilang yang terkawal.
  • Pelbagai rintangan dan ranjau telah dilalui, setahun kemudian ianya telah berjaya di komersialkan dan di jenamakan sebagai First Cup.
  • Kini dengan jumlah produk air minuman yang bertambah iaitu sebanyak 5 jenis, First Cup terus bergerak ke hadapan dan menjanjikan kualiti produk yang tinggi serta rasa yang unik dan tersendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan