Khamis, 27 September 2012
Air Minuman First Cup - Air Khatira
Air Minuman First Cup - Air Khatira
Air Khatira merupakan produk sulung dalam senarai Air Minuman First Cup. Ia merupakan produk terlaris dan terhangat di pasaran yang menaikkan nama First Cup. Ia amat berlainan dengan warna yang menarik, selain rasanya yang unik dan tersendiri.Kebaikan yang terdapat dalam Air Khatira ini ialah :
1. Selasih
Mempunyai khasiat menenangkan (sedative) untuk mengurangkan gelisah, sering gagap atau susah tidur, juga baik untuk masalah gangguan pencernaan.2. Cincau
Penghilang dahaga, baik untuk menurunkan tekanan darah, kandungan gula dalam darah, kolestrol dan ia juga mampu menyembuhkan batuk.
3. Kembang Semangkuk
Menyejukkan badan ia juga baik untuk demam panas sebagai ubat tradisional.
Di Sebalik Nama First Cup
Disebalik nama First Cup
First Cup diuruskan oleh syarikat My First Instinct Sdn Bhd yang beroperasi di :
No 11, Jalan SG 3/17
Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan.
Sila hubungi kami di talian
603-6177 8910 atau 019-253 9526 (Azwan) atau;
sebarang pertanyaan sila emailkan pada
azwan.firstcup@gmail.com
Rabu, 26 September 2012
Kelahiran Produk Bumiputra Jenama First Cup
Air Minuman First Cup
- 100 % milik Bumiputra.
- Perniagaan air minuman ciptaan tempatan yang telah di modenkan mengikut trend semasa dan ikutan masa kini.
- Mewujudkan alternatif kepada limpahan produk air minuman dari luar negara.
- Peringkat awalnya produk air minuman 'Home Made' dengan ramuan rahsia ini di jalankan secara kecil-kecilan bermula dengan hanya satu produk iaitu air minuman berkhasiat Air Khatira.
- Bertapak pada awalnya di Bazar Ramadhan Taman Sri Gombak dengan hanya menggunakan satu balang sahaja. Sambutan yang hangat dan permintaan yang tinggi telah mencetuskan idea yang bernas dari pemiliknya untuk terus melakukan inovasi dan mengorak langkah seterusnya.
- Penghijrahan dilakukan dari menggunakan balang sebagai medium untuk menjual air minuman ini kepada pembungkusan menggunakan 'Cup' yang lebih menarik, mudah di minum serta menjamin kebersihan. Ini adalah kerana proses pembuatan dan pembungkusan terus di dalam permis/kilang yang terkawal.
- Pelbagai rintangan dan ranjau telah dilalui, setahun kemudian ianya telah berjaya di komersialkan dan di jenamakan sebagai First Cup.
- Kini dengan jumlah produk air minuman yang bertambah iaitu sebanyak 5 jenis, First Cup terus bergerak ke hadapan dan menjanjikan kualiti produk yang tinggi serta rasa yang unik dan tersendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)