Rabu, 5 Disember 2012

Malaysia Lawan Thailand Semifinal Piala AFF Suzuki 2012

Jumpa Kami Di Bukit Jalil 9 Disember 2012

Kami akan berada di tapak lokasi Yellow Gate yang berhampiran laluan menuju ke LRT bermula dari (Jumaat) 7hb Disember 2012 hari pembukaan kaunter pembelian tiket dan hari perlawanan (Ahad) 9hb Disember 2012.

Jom kita sokong Harimau Malaya di samping dapatkan minuman First Cup kami yang unik dan terbaik di Bukit Jalil.

Jumpa Di Sana !!!!! 

Khamis, 29 November 2012

MAHA International 2012

MAHA International 2012

Dijemput kepada semua pengunjung MAHA International 2012,
mari singgah dan beli air minuman First Cup di 

Hall A, No Booth A063 dan di Hall B2.

 

Isnin, 19 November 2012

Kiosk First Cup

Hampir Tiba

Kiosk First Cup pertama di Lembah Klang hampir tba.  
Rekabentuk yang unik dan menarik pasti memikat hati pelanggan, Insya Allah.
Nantikan ketibaannya...

Selasa, 13 November 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1434 Hijrah

 Selamat Menyambut Tahun Baru Islam

Semoga tahun baru ini membuka lembaran baru bagi First Cup.  First Cup sedang melakukan penghijrahan kepada yang lebih baik demi syarikat, peminat setia kami dan juga para pelanggan, Insyaallah...  
Diharapkan sokongan padu dan doa dari anda semua memudahkan perjalanan First Cup menempuh hari mendatang.

 

Isnin, 22 Oktober 2012

Kiosk First Cup

Kiosk First Cup 

Nantikan kemunculan Kiosk First Cup November ini........

Khamis, 18 Oktober 2012

First Cup di Karnival Sukan Anak Perantau Lembah Klang 2012

FIRST CUP DI KARNIVAL SUKAN ANAK PERANTAU LEMBAH KLANG 2012 

KOMPLEKS FUTSAL PRESINT 18 PUTRAJAYA
20-21 OKTOBER 2012 (SABTU & AHAD)

Salam dari First Cup.
Kami ingin mewarwarkan kepada semua, 
First Cup akan berada di Karnival Sukan Anak Perantau Lembah Klang 2012 dari 20-21 Oktober 2012.
Lokasi kami di Tapak V.I.P. No. 1 & 1A
di kompleks Futsal Presint 18 Putrajaya.
Jumpa anda di sana.

First Cup
First Taste . First Love

Sila like page kami di Facebook
First Cup
www.facebook.com/firstcup.mfi


Khamis, 27 September 2012

Air Minuman First Cup - Asam Afira

Air Minuman First Cup - Asam Afira

Air Minuman First Cup - Ice Lemon Tea

Air Minuman First CupIce Lemon Tea 

Air Minuman First Cup - Sweet Corn Jelly

Air Minuman First Cup - Sweet Corn Jelly

Air Minuman First Cup - Bandung Yogurt

Air Minuman First Cup - Bandung Yogurt 


Air Minuman First Cup - Air Khatira

Air Minuman First Cup - Air Khatira

Air Khatira merupakan produk sulung dalam senarai Air Minuman First Cup.  Ia merupakan produk terlaris dan terhangat di pasaran yang menaikkan nama First Cup.  Ia amat berlainan dengan warna yang menarik, selain rasanya yang unik dan tersendiri.

Kebaikan yang terdapat dalam Air Khatira ini ialah :


1.  Selasih

Mempunyai khasiat menenangkan (sedative) untuk mengurangkan gelisah, sering gagap atau susah tidur, juga baik untuk masalah gangguan pencernaan.


2.  Cincau

Penghilang dahaga, baik untuk menurunkan tekanan darah, kandungan gula dalam darah, kolestrol dan ia juga mampu menyembuhkan batuk.

3.  Kembang Semangkuk

Menyejukkan badan ia juga baik untuk demam panas sebagai ubat tradisional.

Di Sebalik Nama First Cup

Disebalik nama First Cup 

First Cup diuruskan oleh syarikat My First Instinct Sdn Bhd yang beroperasi di :

No 11, Jalan SG 3/17
Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan.

Sila hubungi kami di talian
603-6177 8910 atau 019-253 9526 (Azwan) atau;

sebarang pertanyaan sila emailkan pada 
azwan.firstcup@gmail.com




Rabu, 26 September 2012

Kelahiran Produk Bumiputra Jenama First Cup

Air Minuman First Cup  

  • 100 % milik Bumiputra.
  • Perniagaan air minuman ciptaan tempatan yang telah di modenkan mengikut trend semasa dan ikutan masa kini.
  • Mewujudkan alternatif kepada limpahan produk air minuman dari luar negara.
  • Peringkat awalnya produk air minuman 'Home Made' dengan ramuan rahsia ini di jalankan secara kecil-kecilan bermula dengan hanya satu produk iaitu air minuman berkhasiat Air Khatira
  • Bertapak pada awalnya di Bazar Ramadhan Taman Sri Gombak dengan hanya menggunakan satu balang sahaja.  Sambutan yang hangat dan permintaan yang tinggi telah mencetuskan idea yang bernas dari pemiliknya untuk terus melakukan inovasi dan mengorak langkah seterusnya.
  • Penghijrahan dilakukan dari menggunakan balang sebagai medium untuk menjual air minuman ini kepada pembungkusan menggunakan 'Cup' yang lebih menarik, mudah di minum serta menjamin kebersihan. Ini adalah kerana proses pembuatan dan pembungkusan terus di dalam permis/kilang yang terkawal.
  • Pelbagai rintangan dan ranjau telah dilalui, setahun kemudian ianya telah berjaya di komersialkan dan di jenamakan sebagai First Cup.
  • Kini dengan jumlah produk air minuman yang bertambah iaitu sebanyak 5 jenis, First Cup terus bergerak ke hadapan dan menjanjikan kualiti produk yang tinggi serta rasa yang unik dan tersendiri.